Pages

Monday, 3 December 2012

Airmata

Pernah kah kita terfikir tentang peranan airmata kepada kita. Allah mencipta airmata bukan sekadar untuk menunjukkan kita bersedih. Pada logik akal, apabila kita menangis sudah pasti kita akan mengeluarkan airmata.

Kali ini, ini kata ku ingin berkongsi sedikit maklumat berkenaan dengan airmata. Mengikut fakta, airmata merupakan kelenjar yang diproduksi oleh proses lakrimasi untuk membersihkan mata. Sistem lakrimasi hanya dimiliki oleh mamalia darat dan manusia. Fakta ini juga mengatakan bahawa kedua makhluk ini satu-satunya yang memiliki emosi airmata. Selain itu fungsi airmata kepada kita adalah untuk membantu membunuh bakteria, mencerahkan penglihatan, mengeluarkan racun pada mata, mampu meningkatkan mood dan mengurangkan stress, tetapi bukan itu yang ingin ini kata ku tuliskan disini.

Semua kita pernah menangis. Hari pertama kita menangis adalah pada hari kelahiran kita. Abah kita menangis, Umie kita juga menangis, tapi semua tangisan itu membawa cerita tersendiri. Pernah kah kita bertanya kenapa kita menangis pada hari kelahiran kita ?

Sebagai orang Islam jawapannya ada dinyatakan didalam hadith, kita harus yakin dan percaya bahawa apa bila kita lahir kedunia, setan akan turut serta bersama kita. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah : "Saya mendengar Rasullullah bersabda, tidak ada seorang anak Adam yang lahir kecuali dipegang oleh setan, sehingga dia berteriak menangis kerana pegangan setan kecuali Mariam dan anaknya."

Setiap tangisan sudah pasti mengeluarkan airmata. Airmata derita, airmata gembira, tangisan yang tiada mendatangkan amal untuk bekalan  diakhirat.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis.

Rasulullah bersabda, maksudnya:

“Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”


Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Akhir kalam dari ini kata ku sama samalah kita merenungi diri, tidak salah kita menangis kerana kecewa, derita dan menangis kerana gembira kerana itu adalah fitrah manusia, namun jangan kita lupa airmata kita lebih bermanafaat untuk menjadi saham kita diakhirat.
Air mata merupakan kelenjar yang diproduksi oleh proses lakrimasi untuk membersihkan mata. Sistem lakrimasi hanya dimiliki oleh mamalia darat dan manusia adalah mamalia satu-satunya yang memiliki emosi air mata.

Source: http://www.optikmelawai.com/eye_info/fakta-tentang-air-mata/696/
Air mata merupakan kelenjar yang diproduksi oleh proses lakrimasi untuk membersihkan mata. Sistem lakrimasi hanya dimiliki oleh mamalia darat dan manusia adalah mamalia satu-satunya yang memiliki emosi air mata.

Source: http://www.optikmelawai.com/eye_info/fakta-tentang-air-mata/696/
Air mata merupakan kelenjar yang diproduksi oleh proses lakrimasi untuk membersihkan mata. Sistem lakrimasi hanya dimiliki oleh mamalia darat dan manusia adalah mamalia satu-satunya yang memiliki emosi air mata.

Source: http://www.optikmelawai.com/eye_info/fakta-tentang-air-mata/696/
Air mata merupakan kelenjar yang diproduksi oleh proses lakrimasi untuk membersihkan mata. Sistem lakrimasi hanya dimiliki oleh mamalia darat dan manusia adalah mamalia satu-satunya yang memiliki emosi air mata.

Source: http://www.optikmelawai.com/eye_info/fakta-tentang-air-mata/696/

Saturday, 1 December 2012

Garuda akhirnya digaru dada

Kekalahan Garuda semalam membuktikan kuku kuku Harimau Malaya masih tajam. Jaringan pada minit awal Harimau Malaya membuat Garuda terbang sebelah sayap. Namun pun demikian Garuda telah berusaha sedaya upaya untuk menebus maruah. Maruah yang selama ini memang telah tercela.

 Dua tahun. Penantian yang begitu lama buat Garuda. Dendam yang begitu membuak buak. Kita dapat lihat dari permain mereka, Garuda cuba mematuk, mencakar dan merobek dari depan dan belakang namun Garuda gagal.

Semalam adalah hari penetuan sama ada maruah bisa dikembalikan.(Bahasa Garuda) Geruda selama ini memang tidak berpuas hati dengan kemenangan Harimau Malaya pada tahun 2010 yang mereka anggap hanyalah kebetulan. Bagi mereka Harimau Malaya hanyalah seekor anak kucing. Ini kata ku.

Dengan bebekalkan kekalahan Singa di muncung Garuda, sudah pasti Garuda sudah berangan angan untuk mematuk, mencakar dan merobek sang Harimau. Kekalahan Harimau ditangan Singa membuktikan mereka Garuda lebih gah dan lebih hebat.

"Waduh waduh 3 nol pak, eseng eseng kita bisa tundukkan malingsia 5 nol pak ha ha ha,"

 Mungkin itulah dialog yang kuncu kuncu Garuda lafaskan setiap kali berjumpa dengan rakan rakan mereka yang seMadzhab. Ini kata ku, jangan marah.

Oleh kerana kerakusan Garuda untuk menebus kekalah pada tahun 2010 akhirnya memakan diri sendiri. Garuda dengan sayapnya yang patah sebelah cuba mematuk mencakar dan merobek Harimau namum hasilnya nol.(Bahasa Garuda). Apa Ini kata ku, kata kan disini ada hasil dari penelitian dari khabar khabar tanah seberang. Rasa hormat Garuda pada Harimau memang tidak ada, walau pun dengan kekalahan ini Garuda tetap mempunyai alasan sendiri.

Namun aku merasa puas, puas dengan kemenangan Harimau semalam, ini membuktikan kemenangan Harimau pada tahun 2010 kepada Garuda bukanlah kerana nasib. Kemenangan semalam membukitikan Harimau Malaya ada juara yang tulin. What can I say, kata orang kampung ku.

Kini Garuda harus berteima kasih kepada Harimau kerana Harimau hanya Mengaru dada Garuda. Akhir kalam dari Ini kata ku, Yang tersurat dan tersirat. Selamanya Harimau Malaya.