Pages

Monday, 3 December 2012

Airmata

Pernah kah kita terfikir tentang peranan airmata kepada kita. Allah mencipta airmata bukan sekadar untuk menunjukkan kita bersedih. Pada logik akal, apabila kita menangis sudah pasti kita akan mengeluarkan airmata.

Kali ini, ini kata ku ingin berkongsi sedikit maklumat berkenaan dengan airmata. Mengikut fakta, airmata merupakan kelenjar yang diproduksi oleh proses lakrimasi untuk membersihkan mata. Sistem lakrimasi hanya dimiliki oleh mamalia darat dan manusia. Fakta ini juga mengatakan bahawa kedua makhluk ini satu-satunya yang memiliki emosi airmata. Selain itu fungsi airmata kepada kita adalah untuk membantu membunuh bakteria, mencerahkan penglihatan, mengeluarkan racun pada mata, mampu meningkatkan mood dan mengurangkan stress, tetapi bukan itu yang ingin ini kata ku tuliskan disini.

Semua kita pernah menangis. Hari pertama kita menangis adalah pada hari kelahiran kita. Abah kita menangis, Umie kita juga menangis, tapi semua tangisan itu membawa cerita tersendiri. Pernah kah kita bertanya kenapa kita menangis pada hari kelahiran kita ?

Sebagai orang Islam jawapannya ada dinyatakan didalam hadith, kita harus yakin dan percaya bahawa apa bila kita lahir kedunia, setan akan turut serta bersama kita. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah : "Saya mendengar Rasullullah bersabda, tidak ada seorang anak Adam yang lahir kecuali dipegang oleh setan, sehingga dia berteriak menangis kerana pegangan setan kecuali Mariam dan anaknya."

Setiap tangisan sudah pasti mengeluarkan airmata. Airmata derita, airmata gembira, tangisan yang tiada mendatangkan amal untuk bekalan  diakhirat.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis.

Rasulullah bersabda, maksudnya:

“Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Akhir kalam dari ini kata ku sama samalah kita merenungi diri, tidak salah kita menangis kerana kecewa, derita dan menangis kerana gembira kerana itu adalah fitrah manusia, namun jangan kita lupa airmata kita lebih bermanafaat untuk menjadi saham kita diakhirat.
Air mata merupakan kelenjar yang diproduksi oleh proses lakrimasi untuk membersihkan mata. Sistem lakrimasi hanya dimiliki oleh mamalia darat dan manusia adalah mamalia satu-satunya yang memiliki emosi air mata.

Source: http://www.optikmelawai.com/eye_info/fakta-tentang-air-mata/696/

No comments:

Post a Comment