Pages

Monday, 26 November 2012

Terompah Kayu Berwarna Merah 8 (Bhg Akhir)

Kini enam tahun sudah berlalu. Berita tentang Jono, tidak lagi kedengaran. Emak dan bapa Jono pasrah. Hanya kepada ilahi berserah.

Zaiton tidak sanggup menanti. Satu penyeksaan katanya. Takut jadi andartu. Takut tidak laku. Di-fikir satu persatu. Tindakan jangan melulu. Lebih baik kawin umur dua puluh satu. Umur dua puluh dua dapat anak satu. Cuma satu, minta direstu, kedua pihak  harus setuju, jangan sampai dikata anak hantu.


Terompah Kayu Berwarna Merah 7

Ibu Jono gelisah. Kegelisahannya bertambah apabila jam dinding sudah berbunyi dua kali. Selama ini Jono tidak pernah keluar rumah sebegini lama. Sesekali dia menjenguk keluar jendela. Bayangan Jono belum lagi kelihatan.

"Assalamualaikum, assalamualaikum". Terdengar ada orang memberi salam.

"Waalaikumsalam". Serentak emak dan bapa Jono menjawab. Emak Jono menuju ke beranda rumah untuk menyambut tetamu yang datang.

"O...Zaiton, sila naik Eton". Emak Jono mempelawa. Sekali lagi jam dinding berbunyi. Jarum panjang menunjuk angka duabelas dan jarum pendek

Terompah Kayu Berwarna Merah 6

Jono keluar dari biliknya mendapatkan ibu. Dipeluknya erat erat. Badannya bergetar getar menahan sedu tangisnya. Emaknya mendakap Jono, sambil berbisik kepadanya. "Sudahlah tu jangan ambil hati sangat kata kata bapa kamu tu, selepas hantar terompah balik cepat kita makan sama sama". Kata kata emaknya, menambah kepiluan hati, air matanya membasahi bahu ibunya.

"Maafkan Jono mak. Halalkan yang termakan dan yang terminum. Diciumnya pipi dan tangan emaknya. "Jono pergi dulu mak".

"Ingat Jono cepat balik, emak tunggu kamu". Pesanan seorang ibu. Tulus

Terompah Kayu Berwarna Merah 5

Jono menarik nafas panjang. "Assalamualaikum". Jono memberi salam.

"Waalaikumsalam". Emak Jono membalas salam.

"Kenapa kau lambat balik Jono?". Jono seolah olah tidak mendengar pertanyaan bapanya. Dia masih lagi duduk dianak tangga, sambil mengibas gibas songkok diwajahnya. Perjalan itu sungguh meletihkan.

"Kenapa kau lambat balik Jono?'. Bapa Jono mengulangi pertanyaannya.
Agak keras sedikit suaranya.

Terompah Kayu Berwarna Merah 4

Selepas solat subuh, Zaiton sudah sibuk didapur. Rendang daging, ayam masak kari, ketupat, dan lemang semua sudah terhidang. Aroma masakan itu berlegar legar diseluruh perusuk kampung Benang Setongkol. Siapa tak kenal gadis kampung bernama Zaiton ini. Masak memasak dialah yang paling arif dikampung itu.

Baju kebaya berwarna merah. Padan sungguh dikenakan. Dari jauh sudah tercium keharuman minyak wangi. Rambut panjang ikal mayang di tutupi kain selendang sutra berwarna merah membuat gadis berumur tujuh belas tahun ini kelihatan anggun dan ayu dimata Jono.  Sambil mengaya diri didepan cermin,

Terompah Kayu Berwarna Merah 3

Azan maghrib berkumandang. Nyaring sekali. Jono tersedar dari lamunannya. Dia mendongak keatas.

"Eh, bapa!'. Jono tersipu sipu. Dia lantas bangun dari duduknya. Bapa Jono melepaskan tangan Jono. Jono menuju kebilik air.

Selepas berbuka, Jono dan bapanya ke surau berjemaah solat maghrib. Selepas solat maghrib kebanyakan jemaah balik rumah. Ada pengumuman penting.

Jono duduk diberanda rumahnya. Radio transister kecil berwarna hitam

Terompah Kayu Berwarna Merah 2

Jono benar benar letih. Letih bukan kerana mengayuh basikal untanya. Letih mencari akal, mencari jalan, mencari alasan. Wajah bapanya kelihatan disepanjang perjalanan. Batu batu kerikil dijalanan seolah olah memperli Jono. Dedaun lalang melengok kiri melengok kanan seakan akan bertepuk tangan melihat telatah Jono. Basikal unta yang dikayuhnya melambung lambung.

Jono sudah nekad, dia akan cuba memberi alasan yang manasabah, walaupun ianya kedengaran tidak masuk akal. Jono tahu, hanya orang yang sealiran dan satu kerpercayaan sahaja akan mempercayai alasannya.

Sampai saja dirumah Jono menyimpankan basikal untanya ditempat biasa. Dia menarik nafas panjang. Diulangnya tiga kali. Bau wangi kasturi yang keluar dari mulut Jono membuat lalat lalat dan langau langau menghampirinya. Lalat lalat dan langau langau  seolah olah berpesta. Mungkin dengan menarik