Pages

Monday, 26 November 2012

Terompah Kayu Berwarna Merah 5

Jono menarik nafas panjang. "Assalamualaikum". Jono memberi salam.

"Waalaikumsalam". Emak Jono membalas salam.

"Kenapa kau lambat balik Jono?". Jono seolah olah tidak mendengar pertanyaan bapanya. Dia masih lagi duduk dianak tangga, sambil mengibas gibas songkok diwajahnya. Perjalan itu sungguh meletihkan.

"Kenapa kau lambat balik Jono?'. Bapa Jono mengulangi pertanyaannya.
Agak keras sedikit suaranya.

            Jono naik kerumah . Terompah kayu berwarna merah dibawanya naik bersama. Jono mencuri pandang wajah bapanya. Tanpa menjawap pertanyaan bapanya dia terus masuk kedalam bilik. Terompah kayu berwarna merah itu disimpannya disudut almari bajunya. Dia kembali keruang tamu.

"Jono, kenapa kau balik lambat?". Bapanya mengulangi pertanyaan.

"Tadi semasa dimasjid Jono tak dapat jumpa terompah Jono". Jawabnya ringkas.

"Habis, yang kau pakai tadi terompah siapa?'. Bapanya ingin tahu.

"Entahlah bapa, Jono tak tahu". Jono memberi jawapan yang ikhlas. "Sepatutnya terompah Jono ada tanda kapor, tapi yang ini tidak, mungkin ada yang salah ambil". Penjelasan yang Jono harap mendapat pengertian bapanya.

"Jono kenapa kau ni, dah tahu terompah itu bukan kepunyaan kau, kenapa kau ambil juga. Sejak bila kau ni pandai mencuri. Bapa tak pernah pun ajar Jono buat perangai tak senonoh itu. Kau ni semakin hari bapa tenggok dah tak nak dengar cakap bapak. Bukan bapa tak tahu sejak akhir akhir ini kau dah malas nak kelaut. Kau ingat kau semakin hari semakin kecilkah. Kau meleset kat rumah ni nak buat apa. Kau ingat kau tu perempuan kah. Dahlah berjalan macam pondan. Tidak guna punya anak. Kalau kau tak kembalikan terompah tu balik kepada tuannya kau jangan balik rumah. Betul betul otak udang. Memalukan keluarga saja. Kau pergi sekarang! Bapa kata sekarang, sekarang juga! Kalau tak jangan balik rumah!".

            Begitu panjang lebarnya ceramah bapa Jono. Jono tidak menjawap sepatah kata pun. Dia terus berlari masuk kebiliknya. Jono menangis. Dia begitu tersentuh dengan kata kata bapanya. Dalam sedu sedan, Jono masih sempat menjeling kearah terompah kayu berwarna merah. Didekatinya terompah itu. Diambilnya terompah itu diamati setiap sudut,. Bahunya terhenjut henjut menahan sedu. Air mata terus mengalir. Ibarat takbir raya yang sambung menyambung.  Tangannya masih memegang terompah itu. Didakapnya didada. Dia menghempas badanya diatas katil. Sejejap dia telentang, sekejap menirap. Tangisannya belum reda. Dia duduk mengelunjurkan kakinya. Dia terpandang biasan dirinya di dalam cermin solek yang menghadap katilnya.

            Dari biasan itu dia terlihat serbuk berwarna putih dikedua tapak kakinya. Diamatinya tapak kaki. Ternyata tanda kapur diterompah itu telah melekat dikakinya. Jono masih lagi mendakap terompah itu. Diamatinya sekali lagi terompah itu. Terdapat bekas kapor disetiap sudut terompah itu .Maka tahulah dia itu sememang  terompahnya.

            Dalam sedu sedan itu dia mengemas pakaiannya. Sepasang baju dan seluar. Dibungkus dengan surat khabar lama. Terdengar suara bapanya membentaknya dari luar.

            "Jono bila lagi kau nak pulangkan terompah itu... selagi kau tak pulangkan jangan harap kau dapat makan, jangan mimpi nak tidor rumah malam ini.!'.

            Jono nekad. Dia menulis surat.

            Kehadapan emak dan bapa. Dihari yang mulia ini, Jono minta ampun dan maaf, halakan yang termakan dan terminum. Jono tahu selama ini Jono banyak menyusakan emak dan bapak. Banyak dosa pada emak...Dosa kepada bapa...
            Sebelum Jono pergi jauh Jono teringin nak rasa masakan emak...tapi bapa...
            Selamat tinggal emak....bapa..

            Sekian, Wassalam.

           Anakmu,

           Jono bin Minta.


No comments:

Post a Comment