Ramadhan aku pasti merindui mu. Kau ibarat sang kekasih yang akan pergi..meninggalkan aku...Aku tahu kau sang kekasih yang setia. Pemergian mu ku iring seribu doa seribu harapan. Kerana aku tahu wahai sang kekasih kau akan datang semula. Namun diriku hanya jasad yang fana yang hanya mampu menghitung hari menghitung detik menanti kehadiran mu semula.
Ramadhan ku, berat sungguh hati ini melepas pemergiaan mu. Bukan niat melawan
takdir, kerana setiap bermula pasti berakhir...Selamat jalan Ramadhanku...
Syawal kehadiran mu ku nanti. Bergema Takbir menyambut kehadiran mu. Bukan cuma disini, diseluruh pelusuk bumi memuji nama ilahi. "Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar".
Bersyukur kita pada ilahi, dapat bersama Syawal yang dinanti. Bagi ku Syawal adalah bulan salitulrahim, bulan perpaduan dan bulan merdeka. Ini kata aku. Mesti pun belum tepat aku cuba menghayati yang tersurat dan tersirat.
Setiap kali kita mendengar takbir raya, perasaan gembira dan sedih pasti menyelubungi kita. Kita tidak dapat lari dari dua rasa itu. Ada yang gembira kerana dapat menunaikan rukun Islam yang ke empat dengan jayanya. Namun kejayaan itu adalah rahsia Allah SWT. Yang sedih kerana bulah 1000 amal sudah berlalu.
Gembira kerana dapat berjumpa Ibu dan Ayah dikampung. Namun yang tak ada kampung anggap saja rumah banglo,rumah semi-d, rumah teres (rumah panjang moden) single atau pun double tu kampung, kerana asal tempat itu pun kampung juga. Sama juga dahulu hutan kini bandaraya. Yang sedih kerana Ibu dan Ayah sudah lama pergi. Namun teman teman bakti kita masih diperlukan oleh mereka. Dihari baik bulan baik ini kita pergilah menziarah kubur mereka dan sedekakanlah Al-Fatihah atau pun Yaasin semuga kita dalam golongan anak anak yang soleh dan soleha. Amin.
Sesiapa yang bertugas diluar negara dapat menyambut Aidil Fitri bersama Anak dan Isteri. Tak kurang juga yang dapat beraya bersama awek. Yang dah ada pasport tu (bertunang) gembira semacam.
Tapi Hari Raya tidak akan meriah tanpa bersalaman dan meminta maaf dan ampun kepada kedua orang tua. Yang tak dapat cuti tentu sedih, namun sekarang ini semua serba canggih. yang ada teltfon bimbit 3G boleh gunakan perkhidmatan itu. Yang ada komputer riba, ambillah kesempatan gunakan webcam chatting.
Perpaduan akan terjalin pada bulan ini. Semua bangsa dan kepercaan akan berpeluang berkunjung ke rumah kita. Salah satu keunikan negara kita Malaysia.
Merdeka bagi yang dapat menahan hawa nafsu selama satu bulan dan solat bertarwih pada setiap malam Ramadhan. Untuk mencapai ketahap inilah yang paling sukar. Perasaan tak teman teman masjid semakin kurang jemaahnya pada penghujung Ramadhan. Namun aku tidak boleh buruk sangka, mungkin mereka solat tarwih dirumah. Alhamdulillah.
Sebenarnya aku menulis coretan ini untuk berkongsi rasa gembira aku bersama sama teman, dua hari lagi teman teman. Namun dua hari itu kita harus pertahankan, jangan sampai kita kalah oleh godaan hawa nafsu kita sendiri. Kalau tidak kita cuma dapat beraya dan tidak merdeka. Akhir kalam Selamat menghitung hari, Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Selamat menyambut hari Kerbangsaan kita. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
No comments:
Post a Comment