Certita
ini tidak berkaitan dengan orang yang masih berjalan dan orang yang
dah jalan. Tempat dan nama yang digunakan adalah rekaan semata mata.
Kalau cerita ini ada menyentuh peribadi seseorang ianya cuma kebetulan
sahaja.
Nak dijadikan cerita, ada seorang permuda yang bernama Jono, ting gal disebuah kampung yang bernama Kampung Benang Setongkol. Dia tinggal bersama ibu dan bapanya dihujung kampung Benang Setongkol.
Mata pencarian penduduk penduduk kampung Benang Setongkol adalah
sebagai nelayan dan bertani. Tiada lain juga perkerjaan permuda yang bernama Jono ini, iaitu menangkap ikan, merangkap nelayan. Kalau tidak ke laut memukat ikan, Jono akan mengail diparit pait berdekatan rumahnya, yang penting profesionnya sebagai nelayan tetap dipertahankannya.
Bapanya cuma seorang petani. Tiada lain juga perkerjaan bapanya bercucuk tanam juga adanya. Ibunya pula seorang suri rumah tangga. Begitu juga ibunya, tiada lain perkerjaannya memasak, mengemas rumah, membasuh kain baju dan kerja kerja yang lazim dibuat oleh seorang suri rumah.
Jono adalah seorang permuda yang tampan. Dikampung Benang Setongkol Jonolah yang paling tampan diantara pemuda pemuda yang tidak tampan. Jono mempunyai seorang kekasih bernama Zaiton. Zaiton adalah gadis yang paling cantik diantara gadis gadis yang tidak cantik dikampung Benang Setongkol.
Hari ini Jono tidak memancing ikan diparit, jauh sekali nak turun kelaut. Dia keletihan, almaklum sahaja bulan Ramadhan, bulan Puasa, kalau bulan dah puasa, tidak patut Jono tak berpuasa. Maka Jono cuma berehat rehat dan bemalas malas dirumah. Pada bulan Puasa inil sajalah Jono ada alasan yang kukuh untuk mempertahankan kemalasannya. Kalau pada bulan bulan yang biasa tentu saja Jono akan mendengar lagu dondang sayang daripada ibunya.
"Jono!". Terdengar teriakan suara ayahnya memanggil. Jono tersentak dari lelapnya. Matanya yang terkebil kebil dengan air liur basi meleleh dipipinya diusap dengan hujung bajunya. Dia baru saja bermimpi makan ikan haruan masak kicap, belum sempat dia memasukkan isi ikan haruan itu kedalam mulutnya dia sudah terjaga oleh suara bapanya. Kalau ikut hitungan jam, cuma tinggal sedetik saja, sudah pasti isi ikan haruan itu dapat dinikmatinya.
"Rugi, rugi, rugi". Bisik hatinya.
"Jono, berapa hari sudah kita berpuasa?". Sekali lagi Jono terdengar suara bapanya memanggil dan bertanya.
"Kejab bapa, Jono tengah lihat kalendar ni". Jawabnya, untuk menenang perasaan bapanya. Bapa Jono mempunyai penyakit angin kus kus. Kadang kadang dia boleh marah tanpa sebab dan tanpa usul periksa. Ini membuat Jono seram sejuk dengan perangai bapanya. Pernah beberapa kali dia dimaki hamun oleh bapanya, sedangkan bukan dia yang bersalah, ini pulak kalau dia buat salah. Sudah beberapa kali juga Jono cuba lari dari rumahnya kerana dimaki hamun bapanya, namun sehingga kini dia masih dapat menahan kesabarannya.
"29 Ramadhan". Jawab Jono selamba. Tiba tiba Jono teringat ada sesuatu yang terlupa dibeli untuk bapa dan dirinya. Baju melayu dan kain samping sudah lama tersegam indah disimpan dalam almari baju. Songkok baldu hitam pun sudah. Tinggal lagi capal, ya capal. Rupa rupanya capal belum lagi dibelinya.
"Bila lagi engkau nak beli capal untuk bapa, kalau esok raya, kita nak pakai apa?'. Bentak bapanya. Jono cuba mencari alasan. Jam didinding sudah menunjuk pukul lima petang, kalau nak pegi pekan tentu tak sempat, lagi pun tiada kenderaan yang berulang alik dari pekan ke kampungnya pada waktu malam.
"Baiklah Jono pergi sekarang". Dia memberi harapan pada bapanya. Tanpa menukar pakaian dan membuang masa dia menunggang basikal untanya, dan terus menuju ke kedai Bogey. Dalam hatinya mengharap Tokey Bogey ada menjual capal, walau pun mustahil baginya.
Kedai Bogey adalah satu satunya kedai runcit yang beroperasi di kampung itu. Seluruh penduduk kampung Benang Setongkol bergantug kepada kedai Bogey untuk mendapat bekalan harian mereka. Tiada lain juga yang dijual cuma barang barang runcit, nama pun kedai runcit, tiada apa apa yang istemewa di kedai itu.
Sampai saja Jono ke kedai Bogey dia terus bertanya mengenai capal. Pertanyaan yang pasti mendapat jawapan negetif. Sudah gaharu kendana pula sudah tahu bertanya pula .Kedai Bogey tidak menjual capal, yang ada cuma Terompah Kayu Berwarna Merah. Jono tiada pilihan. Lagi pula terompah kayu berwarna merah itu cuma tinggal dua pasang. Akhirnya Jono mengambil keputusan membeli terompah kayu berwarna merah itu.
Dengan hati berdeba debar dan langkah yang longlai Jono membimbit terompah kayu berwarna merah itu kebasikalnya.. Basikal untanya seolah olah begitu berat sekali untuk dikayuh. Sudahlah berpuasa, perasaan resahnya membuat perutnya bertambah lapar. Badannya dibasahi oleh peluh. Bukan kerana cuaca panas. Jono benar benar takut, dia cuma dapat berdoa agar bapanya boleh menerima terompah kayu berwarna merah ini.
(bersambung)

No comments:
Post a Comment