Selepas
solat subuh, Zaiton sudah sibuk didapur. Rendang daging, ayam masak
kari, ketupat, dan lemang semua sudah terhidang. Aroma masakan itu
berlegar legar diseluruh perusuk kampung Benang Setongkol. Siapa tak
kenal gadis kampung bernama Zaiton ini. Masak memasak dialah yang paling
arif dikampung itu.
Baju kebaya berwarna merah. Padan sungguh dikenakan. Dari jauh sudah tercium keharuman minyak wangi. Rambut panjang ikal mayang di tutupi kain selendang sutra berwarna merah membuat gadis berumur tujuh belas tahun ini kelihatan anggun dan ayu dimata Jono. Sambil mengaya diri didepan cermin,
Zaiton tersenyum bangga. Tangannya membetul betul kain selendang. Bibirnya yang merkah bak delima diwarnai dengan gincu berwarna merah muda. Dia mengamati susuk tubuhnya dari biasan cermin solek. Bepusing pusinng, sekejap berjalan kedepan sekejap kebelakang, tak ubah seorang model dipentas. Akhirnya dia puas. Dia beredar keruang tamu sambil menyanyi kecil, lagu Pulanglah, nyanyian Aisah.
Disurau orang orang kampung sudah mula beredar. Kelihatan Jono masih duduk dipinggir tangga surau. Bapanya sudah awal awal pulang. Jono mengaru garu kepalanya yang tidak gatal. Sekejab berdiri sekejap duduk. Dia seolah olah mencari sesuatu. Surau kini lenggang. Jono bangun dan mengenakan terompah kayu berwarna merah dan beredar. Mulutnya masih melaungkan takbir raya.
Akhir akhir ini Jono tidak seperti dulu. Dalam usia tujuh belas tahun dia sepatutnya nampak tegap, kuat seperti lelaki lain. Kawan karibnya yang bernama Hujan sudah ditumbuhi jambang, otot otot kelihatan menonjol dilengan, dibahu dan didada. Ini kadang kadang membuat Jono cemburu pada Hujan.
Perjalanan Jono dari surau kerumah terasa begitu jauh. Dia berjalan perlahan, berlenggang lenggok. Mungkin dia letih. Matanya memandang ketanah, fikirannya melamun jauh. Jono meraba raba wajahnya mengharap ada kumis dan jambang yang tumbuh. Dia hampa. Disentuhnya dada. "Ah kenapa dada ku saja yang berotot". Keluh Jono. Kalau dulu dia boleh panjat pokok kelapa, kini dia tidak mampu. Memukat ikan kini terasa janggal buatnya. Jono lebih suka berada dirumah. Didapur membantu emaknya. Dulu kalau emaknya minta tolong basuh kan kain baju dia sudah berlari jauh dihujung kampung. Sekarang lain, belum sempat emaknya bersuara dia yang lebih lebih. Perubahan yang mendadak.
"Adakah aku sakit?'. Jono menyoal dirinya. Air mata Jono tiba tiba mengalir. Jono menangis. Tangisan nya diiringi gemar takbir Aidil Fitri. Mencari jati diri. Tapi dimana?
Dalam perjalanan itu tiba tiba Jono teringat Zaiton. Zaiton adalah bakal isterinya. Orang tua Jono dan Ibu bapa Zaiton telah membuat perjanjian untuk mengawini Jono dan Zaiton apabila genap umur mereka dua puluh satu tahun. Jono mengihtung dengan jarinya. Empat tahun. Jangka masa yang masih lama. Jono dan Zaiton akur dengan keputusan itu. Jangan jadi anak derhaka. Ucapan itu masih jelas ditelinga Jono. Lagi pun Jono dan Zaiton tidak pernah bertanya kenapa dan megapa.
Air mata Jono sudah berhenti mengalir. Takbir Aidil Fitri masih kedengaran dari setiap rumah yang dilaluinya. Sekali sekala terdengar suara budak budak menyapanya. "Selamat Hari Raya abang Jono". Jono cuma menjawap ringkas. "Sama sama". Kalau lebih layan sekupang dua pasti melayang. Jono tersenyum kembali, melihat telatah budak budak kampungnya. Dalam hati kecilnya berkata, "Begitulah agaknya sewaktu aku masih budak budak".
Suria kian menampakkan dirinya. Sudah terasa bahang sengatannya.. Jono melepaskan songkok dari kepala. Dia mengibas gibas songkok itu diwajahnya. Terasa dingin sedikit. Jono kian hampir dipekarangan rumahnya. Diatas pohon mempelam kedengeran burung murai mendendangkan alaunan iramanya. Kicauwan burung murai menambahkan lagi keceriaan pagi itu.
Jono mendongk diatas pohoh mempelam itu. Dia ketawa sendiri. Burung murai itu pernah dilemparkan dengan selipar jepun bapanya. Namun burung murai itu tetap setia. Akibatnya selipar jepun bapanya tersanggut di atas pokok mempelam sehingga kini. Kerana itu Jono pernah dikejar oleh bapanya dengan sebatang rotan keliling kampung. Sepuluh tahun yang lalu. Putaran masa begitu cepat.

No comments:
Post a Comment