Pages

Monday, 26 November 2012

Terompah Kayu Berwarna Merah 3

Azan maghrib berkumandang. Nyaring sekali. Jono tersedar dari lamunannya. Dia mendongak keatas.

"Eh, bapa!'. Jono tersipu sipu. Dia lantas bangun dari duduknya. Bapa Jono melepaskan tangan Jono. Jono menuju kebilik air.

Selepas berbuka, Jono dan bapanya ke surau berjemaah solat maghrib. Selepas solat maghrib kebanyakan jemaah balik rumah. Ada pengumuman penting.

Jono duduk diberanda rumahnya. Radio transister kecil berwarna hitam

digengam erat. Diletak di cuping telinga. Mungkin radio kehabisan bateri. Jam didinding menunjuk pukul tujuh. Masih ada satu jam masa pengumuman dari pemegang mohor diraja. Nyamuk berpesta. Nyanyian dan tarian nyamuk tidak dihiraukan. Jari jemari Jono sentiasa bergerak, seperti permain piano profesional, mengelunsur terus keseluruh tubuh.

            Dibaruh, kilauan api pelita menerangkan kegelapan malam. Budak budak berlari kesana kesini dengan bunga api ditangan. Sekali sekala terdengar dentuman meriam buluh. Nyanyian sang cangkerik diganti dengan hila ketawa budak budak. Malam ini sang cangkerik ambil kesempatan berehat, mungkin juga sedang duduk duduk dengan keluarga menunggu keputusan hari raya.

            "Esok raya!, esok raya!, esok raya!". Terdengar jeritan Jono diberanda rumahnya. Oleh kerana terlalu gembira, Jono tidak sedar dia membaling radio transister nya. Berkecai isi perut radio itu. Tanpa salah, tanpa dosa radio yang telah lama berkhidmat untuk keluarga Jono kini pergi untuk selama lamanya. Jono tekebil kebil melihat isi perut radio. "Usah kau ucapkan selamat tinggal!'. Teriak Jono. Namun radio transister itu tetap membisu buat selama lamanya. Cuma kata akhir radio itu kepada Jono, "Habis madu sepah dibuang". Namun Jono tetap tidak mendengar ungkapan kata kata radio itu, kerana telah ditakdirkan begitu.

            "Jono!, Jono!, Jono!. Bila lagi kau nak bakar lemang, esokkan raya". Terdengar suara bapa Jono meperingatkannya. "Habis tu jangan lupa parut kelapa sekali". Bapa Jono memberi arahan.

            Tanpa berlenggah Jono turun kebaruh. Mengutip kelapa. Ada sepuluh biji kelapa tua. Cukup untuk buat santan. Rendang daging, kari ayam, ketupat dan lemang, kesemua itu perlu santan.

            Buluh sudah diisi beras pulut dan santan. Api pendiang sudah menyala. Cuma tinggal memanggang saja. Suasana riuh rendah. Budak budak masih bermain bunga api. Dentuman meriam buluh masih kedengeran. Betul betul meriah. Disurau kedengaran takbir raya berkumandang. Yang mendengar pasti mengalir air mata. Gembira campur sedih. Kini Ramadhan telah pergi dan Shawal menjelma.

            Sayup sayup kedengaran Azan Subuh. Jono dan Bapanya sudah bersedia sebelum subuh. Dua beranak sama tinggi, sama segak. Baju melayu dan songket sama merah. Songkok sama hitam dan terompah kayu sama berwarna merah. Sekali pandang memang macam kumpulan boria.

          Tiba disurau, Jono dan bapanya meletakan terompah mereka ditempat meletak sepatu dan selipar. Subuh itu, surau dipenuhi oleh orang orang kampung. Sudah menjadi tradisi orang orang kampung Benang Setongkol, selepas Solat subuh mereka terus bertakbir hingga waktu solat sunat Adil Fitri.

            Jono dan bapanya tidak perasan bahwa cuma dia dan bapanya sahaja yang memakai terompah kayu berwarna merah itu. Mereka bersalam salaman diantara satu. Sungguh indah suasana. Wajah wajah keriangan disana sini. Hari ini mulut Jono benar benar bau kasturi, tidak seperti hari hari yang lalu. Ada yang berpeluk pelukkan, mungkin nak bagi peluang orang lain cuim minyak wangi jenama apa yang dipakai.
                                                                                                                                      (bersambung)

No comments:

Post a Comment