Pages

Monday, 26 November 2012

Terompah Kayu Berwarna Merah 8 (Bhg Akhir)

Kini enam tahun sudah berlalu. Berita tentang Jono, tidak lagi kedengaran. Emak dan bapa Jono pasrah. Hanya kepada ilahi berserah.

Zaiton tidak sanggup menanti. Satu penyeksaan katanya. Takut jadi andartu. Takut tidak laku. Di-fikir satu persatu. Tindakan jangan melulu. Lebih baik kawin umur dua puluh satu. Umur dua puluh dua dapat anak satu. Cuma satu, minta direstu, kedua pihak  harus setuju, jangan sampai dikata anak hantu.


            Keluarga Zaiton dan keluarga Jono setuju pertunangan Jono dengan Zaiton di batalkan. Di-hari jadi kedua puluh satu Zaiton, Zaiton telah sah di-ijab kabulkan dengan teman karib Jono iaitu Hujan. Namun pun demikian Zaiton tetap berkunjung kerumah emak dan bapa Jono untuk mengeratkan salitulrahin.

          Pada 1 Syawal 1432 H bersamaan dengan 30 Ogos 2011 M, satu peristiwa yang tidak di-sangka  sangka telah belaku di-kampung Benang Setongkol. Tiba tiba sebuah kereta Porsche sport berwarna merah, berhenti betul betul di-hadapan rumah Jono. Di-dalamnya keluar seorang gadis ayu lagi cantik yang berkerudung dari kereta itu. Semua tetamu yang berada di rumah emak dan bapa Jono terpaku. Berpandangan satu antara lain tampa berkata sepatah kata pun.

            "Assalamualaikum." Gadis itu memberi salam. Dalam hati semua tertanya tanya, siapa gerangan dan darimana asal gadis ayu dan secantik itu. Tanpa memperkenalkan diri, gadis itu terus meluru dan memeluk emak Jono. Pelukan yang erat sekali.  Pelukan rindu. Pelukan kasih sayang. Dengan bergabungnya dua tubuh itu, naluri seorang ibu sudah tahu itu lah Jono anak kesayangannya.

          "Oh Jono anak emak, intan payung, sukma hati, selama ini di-mana gerangan menghilang diri." Meraung sang emak, seperti raungan enam tahun lalu ketika Zaiton membaca suratnya. Sampai hati engkau sayang. Enam tahun emak nanti, tak sia sia doa emak , akhirnya engkau kembali juga. Bergema keseluruh pelusuk kampung suara sang ibu. Burung murai yang setia, tadinya bernyanyi riang diatas pohon manga, diam seketika    memberi laluan. Semua yang hadir tidak percaya apa yang di-lihat. Apakah ini satu sendiwara atau cuma sebuah darama sawasta? Untuk tidak menjadi tomahan dan fitnah, gadis ayu lagi cantik menjawab kesemua persoalan di-minda yang hadir.

            Pada hari Jono lari kebandar, di menumpang lori Ah Leong pemborong sayur. Tiba di-bandar Jono tidak tahu kemana hendak di-tuju. Dia menginap di-sebuah masjid. Tidur dan makan di-situ. Seorang hamba Allah telah sudi memberinya perkerjaan sebagai buruh kasar di-tapak pembinaan. Dua tahun sebagai buruh kasar, hidupnya lebih hina dari ayam. Rambut dan pakaian tidak terurus. Jono kian hari kian terasa, buruh kasar bukan perkerjaannya.

          Kalau dahulu orang hidup susah diibaratkan ayam. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Kini ayam tidak begitu. Ayam sekarang tidak main kais kais lagi. Ayam sekarang cuma patuk sana patuk sini. Rumah disediakan, beratap, berlampu. Sakit diubat, berak dibersihkan. Apa lagi makan dan minum, mengalah  kedai makanan segegra, dua puluh empat jam tersedia.

            Hidup Jono boleh di-ibaratkan seperti burung. Terbang pagi balik petang. Kalau tak terbang, tak makanlah jawabnya. Duit poket usah bicara, ibarat sang monyet menabung makanan, tidak pernah kekal, sesaat menabung, seminit dikeluarkan. Begitulah hidup di-bandar, indah khabar dari berita, bagi orang seperti Jono. Namun Rahman dan Rahim Allah sentiasa ada.

            Suatu pagi, di-hari Ahad, Jono duduk diperhentian bas. Seorang Kakak menghampirinya, dan bertanya.

            "Adik tunggu siapa?." Kata Jono tak tunggu siapa siapa, cuma duduk lepak lepak membuang masa.

            "Tak baik gadis seperti adik duduk sini sorang sorang." Jono terkejut terdengar bicara. Dalam hati tertanya tanya siapa sang gadis yang di-bicara.

            "Adik kerja dimana?." Tanya kakak itu lagi.

            "Buruh kasar kak, di-tapak pembinaan." Jawab Jono ikhlas. Kakak yang belum memperkenalkan diri itu macam tidak percaya. Tidak masuk akal seorang gadis yang sebegitu cantik sanggup kerja di tapak penbinaan.

            "Nama Kakak Shahida, kakak mempunyai sebuah kedai kecantikan, tapi buat masa ini perkerja kakak yang satu tu cuti bersalin, kalau kakak ambil adik berkerja di tempat kakak adik sudi ke?." Ibarat orang mengantuk di-sorong bantal, kecil tapak tangan nyiru di-tadahkan. Hati mana yang tak rasa girang ada yang sudi memberi bantuan. Dalam hati meronta ronta minta dijemput sekarang juga.

            "Kalau adik sudi, sekarang juga adik mulai kerja." Tiada kata seindah bahasa yang Jono dapat ucapkan, terima kasih juga bahasa yang digunakan.

            Empat tahun Jono berkerja bersama Kedai Kecantikaan Shahida. Penampilan Jono berubah. Kini namanya bukan Jono, tapi Zulaika. Kini semua kemahiran Puan Shahida diturunkan kepada Zulaika.

            Siapa tak kenal Zulaika binti Minta, kalau di kedai kecantikan Shahida dialah yang paling terkenal. Perkerja contoh. Kini Zulaika mempunyai kenderaan sendiri. Hasil wang gajinya dia membeli sebuah kereta jenama luar negara. Porsche sport berwarna merah.

            Semalam, selepas dia dan Puan Shahida membeli lauk pauk untuk berbuka puasa, Puan Shahida membawa Zulaika pergi kekedai lorong membeli capal untuk suaminya. Zulaika terpadnang sesuatu yang membuatnya teringat kampung halaman dan kedua ibu bapanya.

            "Terompah kayu berwarna merah." Bisik hati Zulaika. Air matanya mengalir. Dia menangis. Menangis kerana dia lalai. Lupa diri, lupa asal usul, tapi bukan sengaja. Mungkin kerana identitinya berubah membuat dia lupa siapa dia sebenarnya. "Emak, bapa maafkan Jono. Kini nama Jono itu terlalu janggal untuk disebutnya.

            "Zulaika engkau menangis?." Tanya Puan Shahida.

            "Ya kak, Zulaika tiba tiba teringat emak dan bapa kat kampung." Jawab Zulaika ikhlas.

            "Apa yang engkau risaukan, besok kita tak buka kedai, kakak bagi engkau cuti seminggu." Kata kata Puan Shahida, memberi Zulaika satu harapan.

            "Terima kasih kak, budi kakak tidak dapat saya balas." Zulaika sempat membelikan bapanya capal dan oleh-oleh untuk emak dan tak lupa juga untk Zaiton. Esok satu syawal.
         
            Zulaika menghampiri Zaiton. "Maafkan aku eton." Lalu dipeluknya eton seerat eratnya. Rindunya tidak terbendung, rindu seorang sahabat sejenis. Dia tersenyum melihat Hujan. Hujan tersipu sipu. Dia mengendong seorang budak berumur satu tahun. Di-hulurnya oleh-oleh buat Zaiton. Zaiton menangkup wajahnya menangis seperti seorang budak. Bergetar bahunya. Namun tiada siapa yang tahu tangisannya itu kerana apa.

            Bapa Zulaika cuma berdiam diri. Wajahnya antara senyum dan sedih. Senyum mungkin kerana perbuatannya terhadap Zulaika @ Jono merubah segala galanya. Kerana dia sendiri tidak pasti apa indentiti Zulaika @ Jono selama ini. Dihari yang mulia ini terjawab sudah identiti Zulaika @ Jono.Hormon kewanitaannya mengatasi kelalakiannya. Sebenarnya Zulaika @ Jono adalah khunsa. Seorang insan mempunyai dua jenis jantina. Kesedihannya adalah tidak memberi kesempatan anaknya Zulaika @ Jono untuk membela diri disebabkan oleh terompah kayu berwarna merah.

No comments:

Post a Comment