Pages

Monday, 26 November 2012

Terompah Kayu Berwarna Merah 2

Jono benar benar letih. Letih bukan kerana mengayuh basikal untanya. Letih mencari akal, mencari jalan, mencari alasan. Wajah bapanya kelihatan disepanjang perjalanan. Batu batu kerikil dijalanan seolah olah memperli Jono. Dedaun lalang melengok kiri melengok kanan seakan akan bertepuk tangan melihat telatah Jono. Basikal unta yang dikayuhnya melambung lambung.

Jono sudah nekad, dia akan cuba memberi alasan yang manasabah, walaupun ianya kedengaran tidak masuk akal. Jono tahu, hanya orang yang sealiran dan satu kerpercayaan sahaja akan mempercayai alasannya.

Sampai saja dirumah Jono menyimpankan basikal untanya ditempat biasa. Dia menarik nafas panjang. Diulangnya tiga kali. Bau wangi kasturi yang keluar dari mulut Jono membuat lalat lalat dan langau langau menghampirinya. Lalat lalat dan langau langau  seolah olah berpesta. Mungkin dengan menarik


nafas panjang boleh menambah semangatnya. Semangatnya kian menghilang.                                                                      
                                                                                                                                                               
            Dihadapan pintu, ruang tamu, sudah kelihatan susuk badan bapa Jono.Sinaran cahaya gigi emasnya saja sudah boleh membuat orang hilang penglihatan selama tiga hari. Itulah sebabnya bapak Jono jarang tersenyum. Senyumannya kali ini penuh dengan makna dan harapan,  Jono terpaksa mengunakan cermin mata hitam untuk mengelak pancaran kilauan emas itu.

            "Bagaimana Jono ada capalnya?". Soalan cepu emas itu hampir hampir meluruhkan segala bulu yang ada pada tubuh Jono tidak terkecuali bulu hidung.

            "Begini bapa", Jono memulai ceritanya. "Apa bila Jono sampai dikedai Bogey, Bogey tidak menjual capal. Yang ada cuma terompah kayu berwarna merah, itu pun terompah kayu berwarna merah cuma tinggal dua pasang, stok penghabisan". Jono memberi alasan. Dalam hati Jono berkata, ini alasan yang konkrit.

          Betul tekaan Jono. Bapanya dapat menerima alasan yang diberikan oleh Jono. Dalam kotak minda bapa Jono, lain tafsirannya. Dia membayangkan semua orang orang kampung telah membeli terompah terompah itu untuk dipakai pada hari raya, kalau tidak masakan hanya tinggal dua pasang yang terakhir. Dia tersenyum bangga. Tapi kali ini senyumannya ditahan tahan agar sinaran kilauan emas itu tidak dibazirkan.

            "Jono baik kau bagi tanda pada terompah terompah itu, agar nanti semasa solat disurau kita senang cam terompah kita". Bapa Jono memberi arahan pada Jono. "Tahun ini nampak gayanya orang orang kampung pakai terompah". Sambungnya lagi. Jono diam sahaja.

            Tanpa membuang masa, Jono menandakan terompah bapanya dengan cat berwarna biru. Untuk membezakan tanda terompa bapa dan dirinya, Jono hanya menandakan terompahnya dengan kapor.

            Jono tersenyum puas. Dia berkhayal. Bertapa hebatnya dia mengenakan baju melayu berwarna merah, songket berwarna merah dipadankan terompah kayu berwarna merah. Dahysat, dahysat ,dahsyat sekali. Tentu Zaiton akan cemburu dengan penampilannya yang begitu manco. Dia dapat bayangkan betapa ramai orang kampung akan memuji mujinya, Tangannya tentu tak henti menerima salaman dari orang orang kampung. Mulutnya tentu tak habis habis menjawab salam.

            Tapi kali ini salaman yang diterimanya lain sekali. Tangan orang itu terasa kasar. Tangan Jono ditarik tarik,. Jono cuba melepaskan tangannya dari tangan orang itu, tetapi orang itu tidak mahu melepaskan tangan Jono. Jono memandang orang itu.                                                                                                    (bersambung)

No comments:

Post a Comment