Jono
keluar dari biliknya mendapatkan ibu. Dipeluknya erat erat. Badannya
bergetar getar menahan sedu tangisnya. Emaknya mendakap Jono, sambil
berbisik kepadanya. "Sudahlah tu jangan ambil hati sangat kata kata bapa
kamu tu, selepas hantar terompah balik cepat kita makan sama sama".
Kata kata emaknya, menambah kepiluan hati, air matanya membasahi bahu
ibunya.
"Maafkan Jono mak. Halalkan yang termakan dan yang terminum. Diciumnya pipi dan tangan emaknya. "Jono pergi dulu mak".
"Ingat Jono cepat balik, emak tunggu kamu". Pesanan seorang ibu. Tulus
dihatinya. Tanpa mengetahui isi hati anak yang akan membawa diri. Mencari jati diri. Mengubat hati yang luka. Tapi bukan untuk selamanya.
Jono mendekati bapanya. Bersalaman memohon ampun dan maaf. Bapanya membuang muka. Tiada sepatah kata yang diucapnya. Hati kecil Jono bertanya. "Besar sangatkan dosa yang telah aku buat, hingga bapa tidak sudi memandang wajah ku".
Jono melangkah longlai keluar rumah. Tiada arah tuju sebenarnya. Hanya berserah kepada takdir. Kalau untung sabut timbul, kalau batu tengelam. Kedua dua keuntungan itu dia tidak mahu. Kalau timbul entah hanyut kemana apalagi tengelam, alamat lemaslah dia.
Hidup jangan berserah hanya kepada nasib. Usaha yang gigih selepas itu berserah pada ilahi. Jangan lupa solat dan berdoa. Doa itu senjata orang mukmin. Seorang Ustaz pernah menasihati Jono suatu ketika dulu. Pesana itu menjadi azimat dan pendorong bagi Jono. Semangatnya kembali berputik. Ibarat tumbuh tumbuhan dimusim kemarau disirami hujan.
Kini tangisan Jono reda. Sebelum meninggalkan kampung Benang Setongkol, Jono singgah sebentar dirumah Zaiton. Untuk memberi tahu pemergiannya.
"Zaiton , Jono hendak ke bandar, mungkin lama". Jono memberi tahu Zaiton.
"Kenapa hari ini, selepas raya tak bolehkah? Zaiton cuba memujuk Jono.
"Begini Zaiton, hari cuti begini tentu orang ramai balik kampung, jadi peluang Jono untuk mendapat kerja cerah sedikit". Jono cuba memberi alasan. "Demi masa depan kita". Katanya lagi.
"Betul tu, tapi boleh tak tangguh sehari dua, kan Abang Jono dah janji pada Eton nak menziarahi saudara mara kita". Zaiton mengingati Jono tentang janji janinya. Jono mengaru garu kepalanya yang tidak gatal. Dipegang erat tangan Zaiton. Direnungnya dalam dalam mata Zaiton. Bukan kerana gairah. Mencari helah. Mengharap Izin.
Zaiton tersipu sipu malu. Mukanya merah. Semerah baju kebaya yang dipakainya. Renungan itu telah mencairkan hati Zaiton. Tanpa Zaiton sedari tekeluarlah kata kata izin dari mulutnya. "Baiklah bang, Eton izin kan Abang pergi tapi jangan lama lama tau, Abang janji ya". Jono Tidak berani berkata ya, kerana dia sendiri tidak pasti. Tanpa pelawaan Zaiton dia terus menikmati rendang daging masakan Zaiton. Bukan apa, mengelak daripada memberi jawapan dan harapan kepada Zaiton.
"Sedap betul rendang ini, siapa yang masak?". Sengaja Jono memuji. Tapi ada maksud tersirat.
"Betul ke, kalau gitu Eton bekalkan untuk abang". Sebenarnya itu yang diharap oleh Jono. Perjalanannya nanti entah kemana. Pada hari perayaan sebegini tentu gerai gerai orang melayu tutup. Maka dengan lauk pauk yang dibekalkan oleh Zaiton sekurang kurangnya dapat jadi pengalas perutnya.
Zaiton membekalkan Jono, rendang daging, kari ayam, ketupat dan lemang. Didakapnya erat erat takut tertumpah. Badan Jono melambung lambung. Ah Leong ketawa melihat Jono.
"Soli la Nyono, ini nyalan manyak lusak o". Ah Leong memberi tahu Jono.
"Tidak apa Ah Leong, asal sampai bandar cukuplah, lagi pun tumpang percumakan". Jono memberi hint supaya Ah Leong tidak meminta tambang darinya.
"Titak apa la Nyono, hali musat mana moleh minta minta kan, kan kan,". Lain saja nada Ah Leong. Jono ketawa. Ketawa kerana dapat mengenakan Ah Leong. Lori terus mengelusuri jalan jalan yang penuh lubang lubang yang tidak dijangaka. Bagai perjalan hidup Jono yang tanpa perancangan, namun sinar sudah menanti dihadapan, terpulang pada Jono untuk menghampirinya...

No comments:
Post a Comment