Pages

Monday, 26 November 2012

Terompah Kayu Berwarna Merah 7

Ibu Jono gelisah. Kegelisahannya bertambah apabila jam dinding sudah berbunyi dua kali. Selama ini Jono tidak pernah keluar rumah sebegini lama. Sesekali dia menjenguk keluar jendela. Bayangan Jono belum lagi kelihatan.

"Assalamualaikum, assalamualaikum". Terdengar ada orang memberi salam.

"Waalaikumsalam". Serentak emak dan bapa Jono menjawab. Emak Jono menuju ke beranda rumah untuk menyambut tetamu yang datang.

"O...Zaiton, sila naik Eton". Emak Jono mempelawa. Sekali lagi jam dinding berbunyi. Jarum panjang menunjuk angka duabelas dan jarum pendek

menunjuk angka tiga. Kegelisahan emak Jono tidak terbendung lagi. Namun dia cuba berselindung disebalik senyumannya.

          "Emak dan ayah kau tak ikut sama Eton". Tanya emak Jono kepada Zaiton. Dalam pada itu dia sempat juga menjenguk diluar jendela. Namun kelibat Jono tidak juga muncul.

            "Tidak. Emak dan bapa tengah layan tetamu dari bandar, mungkin petang sikit dia orang kesini". Jawapan Zaiton.

            "Eton duduk dulu ya, makcik kedapur kejap. Emak Jono hairan kenapa Zaiton tidak bertanya tentang Jono. Selalunya kalau dia bertandang ke rumah, soalan pertama pasti tentang Jono. Hari ini lain, Zaiton macam biasa saja.

            Sebelum kedapur, entah kenapa dengan tiba tiba, tergerak hati emak Jono masuk kebilik Jono. Dia terlihat ada sekeping kertas diatas katil. Diambilnya kertas itu. Namun dia tidak faham sepatah kata pun yang tertulis. Diamatinya betul betul. Hatinya berdebar debar. Apa agaknya yang ditulis oleh Jono.

            "Eton, boleh kau tolong makcik?". Terlihat kedutan didahi emak Jono. Kini kegelisahannya tidak dapat disembunyikan lagi.

            "Tolong apa tu makcik". Zaton ingin tahu.

            "Ini ha, makcik jumpa atas katil Jono, makcik risaulah Eton, sekarang ni dah pukul tiga petang Jono belum balik balik lagi, mana peginya budak betuah itu. Cuba kau tolong baca apa yang dia tulis.

            Mata Zaiton terkebil kebil. Macam mata cicak tetelan kapur. Diambilnya kertas itu. "Kenapa Jono, kau tidak berterus terang pada aku". Bisik hati Zaiton.

           Zaiton membaca isi kandungan surat Jono. "Kehadapan emak dan bapa". Mendengar ayat pertama saja emak Jono sudah menangis. Tangisan seorang emak. Zaiton menangis sama. Bukan kerana sedih membaca surat itu. Menangis kerana kecewa dengan sikap Jono. Kenapa dia tidak berterus terang kepadanya. Mengapa oh megapa, keluh Zaiton.

            "Apa lagi kata Jono Eton, apa lagi". Dalam sedu sedan emak Jono ingin tahu selanjutnya isi kandungan surat anak kesayangannya.

            "Dihari yang baik ini, Jono minta ampun dan maaf, halalkan yang termakan dan terminum. Jono tahu Jono banyak menyusahkan emak dan bapa. Banyak dosa pada emak...Dosa pada bapa...Sebelum Jono pergi jauh, Jono teringin nak rasa masakan emak...tapi bapa...Belum habis Zaiton membaca rangkap seterusnya, emak Jono histeria. Dia meraung sekuat kuat hatinya. Kalau tidak kerana bunyi letupan meriam buluh dan suara budak budak yang riuh rendah dibaruh, mungkin seluruh kampung dapat mendengar raungannya.

            "Zaiton menangis bersama. Tangisan berduet. Iramanya kadang kadang sedih, pilu,sayu tidak kurang menyakitkan telinga. Maka berpeluk pelukanlah dua kaum hawa itu...

No comments:

Post a Comment